Friday, April 8

Syiah dan Sahabat (Part III ; Asad Haydar)


Syiah dengan erti kata sering disinonimkan dengan ungkapan,"suka menghina, mencaci dan mengkafirkan golongan sahabat". Fenomena tuduhan membabi buta ke atas Syiah ini sudah menjadi kebiasaan bagi golongan Ahli Sunnah yang jahil mengenai Syiah itu sendiri dengan hanya melakukan pengkajian terhadap sumber pihak kedua yang kebanyakannya bersifat prejudis terhadap Syiah. Perkara ini menyebabkan Syiah sering disalah tanggapi berkurun zaman lamanya sehinggalah masyarakat dewasa kini sekaligus masyarakat terkeliru lalu mereka menghukum Syiah Kafir disebabkan menolak para Sahabat. Realitinya, tanggapan ini adalah suatu tanggapan yang dangkal dan jauh sekali daripada hakikat sebenar pandangan Syiah terhadap golongan yang dinamakan Sahabat. Saya mendapat dimaklumkan daripada ramai sahabat saya yang mengikuti mana-mana bengkel atau seminar di negara ini khususnya mengenai isu Syiah kesemuanya berhujah dengan hujah yang sama dan lansung tiada hubungan dengan Syiah bahkan bersifat fitnah semata-mata.

Samada dari kalangan golongan ustaz2, profesor2, pegawai jabatan agama, kesemuanya tidak cermat dan berhikmah dengan berhujah mengenai Syiah. Saya berani cabar mana-mana pihak yang merasakan bahawa dakwaan mereka terhadap Syiah mengkafirkan sahabat itu benar supaya mengemukakan mana-mana nas yang sarih dikeluarkan dari mana-mana kitab syiah mahupun dikalangan marja' Syiah yang sah yang mengatakan bahawa sahabat itu kafir atau mereka mencaci sahabat!!! Golongan ini kebanyakannya gagal memahami metod asas bagi pengambilan sumber di kalangan Syiah itu sendiri lalu dengan mudahnya mereka mengelurkan pelbagai dakwaan dan tomahan yang tidak berasas. Atas dasar tersebut, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan perkara tersebut, antaranya dengan mengeluarkan pandangan daripada Syaikh Asad Haydar dalam kitabnya Al-Syiah wa al-Sahabah. Beirut. 1980. Semoga beroleh manfaat dan selamat mengikuti kupasan ini.


Kita berada di hadapan permasalahan yang besar di mana sejarah berdiri di hadapannya di dalam keadaaan terbelenggu. Kebenarannya tersembunyi di sebalik dakwaan-dakwaan yang palsu. Dan perkataan-perkataan yang kosong telah menutupi jalan-jalan yang membawanya kepada kebenaran. Sebagaimana di sekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai permasalahan dan kesamaran. Ianya tidak dikaji secara ilmiah supaya pokok persoalan menjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, sebahagian para sejarahwan mencela Syiah. Dan mengaitkan perkara-perkara tertentu kepada mereka tanpa penelitian. Mereka menulis tanpa ikatan dan syarat; menuduh Syiah tanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhan yang terpenting ialah mengenai persoalan sahabat dan mentakfirkan mereka (mengkafirkan mereka) - semoga dijauhi Allah Ta'ala - yang mewajibkan hukuman kafir ke atas mereka dan menghukum mereka terkeluar daripada agama Islam sebagaimana berikut:

Berkata al-Sayyid Syarafuddin al-Musawi: "Sesungguhnya sesiapa yang mengkaji pendapat kami mengenai sahabat, nescaya dia akan mengetahui sesungguhnya pendapat kami adalah yang paling sederhana. Kerana kami tidak melampaui mengenainya sebagaimana yang dilakukan oleh pelampau-pelampau yang mengkafirkan semua sahabat. Begitu juga kami tidak melampaui jumhur yang mempercayai semua sahabat."Ahlul Sunnah berkata: "Setiap Muslim yang mendengar Nabi atau melihatnya adalah adil secara mutlak."


Kami berpendapat sekalipun sahabat mempunyai kelebihan tetapi ianya bukanlah maksum. Lantaran itu sahabat seperti orang lain ada yang adil, ada yang derhaka, ada yang melakukan jenayah. Dan malah terdapat sahabat yang tidak dikenal pasti latar belakang mereka. Oleh itu kami berhujah berdasarkan keadilan mereka. Kami menghormati mereka di dunia dan di akhirat. Adapun penderhaka-penderhaka dan penjenayah-penjenayah seperti Ibn Hind, Ibn Nabighah, Ibn al-Zirqa', Ibn Uqbah, Ibn Arta't, dan orang seumpama mereka, tentu sekali tidak ada penghormatan bagi mereka, tidak ada penilaian terhadap Hadith-Hadith mereka. Adapun yang tidak diketahui latar belakang mereka, kami berdiam diri sehingga kami dapat meneliti keadaan mereka yang sebenar.

Ini adalah pendapat kami mengenai pembawa-pembawa Hadith (yang terdiri daripada sahabat), al-Kitab, dan Sunnah, kami berpandukan kepada pendapat ini sebagaimana diterangkan dengan terperinci di dalam Usul al-Fiqh. Tetapi jumhur melampaui di dalam mentakdiskan (mensucikan)setiap orang yang mereka namakan sahabat sehingga mereka terkeluar daripada kesederhanaan. Mereka mengikut setiap Muslim yang mendengar daripada Nabi SAWA atau melihatnya dengan ikutan buta lantas mereka menentang orang yang tidak sehaluan dengan pendapat mereka dalam soal ini. Lihatlah betapa kuatnya penentangan mereka terhadap kami manakala mereka mengatakan kami menolak Hadith (sebahagian) sahabat dengan menerangkan "kecacatan" mereka (al-jarh) atau latara belakang mereka yang tidak diketahui. Tetapi apa yang kami lakukan adalah semata-mata mengikut amalan syarak di dalam penyelidikan mengenai "hakikat-hakikat keagamaan" dan kajian di dalam penentuan Hadith-Hadith yang sahih.

Justeru itu mereka (jumhur) telah melakukan syak wasangka terhadap kami, Mereka menuduh kami perkara yang bukan-bukan lalu mereka meraba-raba di dalam kejahilan. Andainya mereka kembali kepada "kaedah-kaedah ilmu" nescaya mereka akan mengetahui bahawa penetapan keadilan kepada sahabat adalah tidak berasas. Sekiranya mereka mengkaji al-al-Qur'an nescaya mereka dapati bahawa orang munafiq itu dikira sahabat. Perhatilah Surah al-Taubah dan Surah al-Ahzab.

Persoalan Sahabat

Walau bagaimanapun pokok permasalahan terbahagi kepada tiga:

1. Sahabat semuanya adil, dan mereka adalah para mutjahid. Ini adalah pendapat jumhur Ahlul Sunnah.

2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil, dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Oleh itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat Syiah.

3. Semua sahabat adalah kafir - semoga dijauhi Allah Ta'ala - ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam. Ianya tidak akan dilupakan selain daripada orang yang kafir.

Tiga pokok kepada persoalan sahabat itu hendaklah dikaji secara mendalam. Adapun pendapat yang ketiga adalah terbatal secara ijmak, kerana ianya hanya diucapkan oleh musuh-musuh islam. Pendapat pertama (seakan-akan) mendakwa ismah terhadap sahabat atau jatuhnya takalif daripada mereka. Ini adalah perkara yang tidak diakui oleh Islam dan tidak termasuk di dalam ajaran-ajarannya.

Pendapat kedua ialah pendapat yang dipegang oleh Syiah iaitu menilai darjat sahabat berdasarkan amalan dan darjat keimanan mereka. Kerana sahabat adalah umum bagi setiap orang yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya, atau mendengar (Hadith) daripadanya. Oleh itu ianya mengandungi Mukmin dan munafiq, yang adil dan yang fasiq, yang
baik dan yang jahat.

Sebagaimana sabda Nabi SAWA di dalam peperangan Tabuk apabila beliau diberitahu oleh Jibra'il mengenai apa yang diucapkan oleh munafiqin:"Sesungguhnya Muhammad boleh menceritakan berita-berita di langit. Sedangkan beliau tidak mengetahui "jalan" untuk mendapatkan air." Rasulullah SAWA memberitahu kata-kata itu kepada Sa'ad bin Ubadah. Maka Sa'ad berkata kepadanya: "Jika anda mahu nescaya aku akan pancung tengkuk mereka. Rasulullah SAWA bersabda: "Supaya orang ramai tidak akan berkata: Sesungguhnya Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya tetapi sebaliknya kita bergaul dengan mereka secara baik selama mereka (berada) bersama kita [1]".

Oleh itu sahabat semata-mata bukanlah maksum, yang boleh memakai tuannya dengan pakaian keadilan (al-Adalah). Sebaliknya kedudukan mereka berbeza dan darjat mereka berlainan berdasarkan amalan mereka. Kami mempunyai dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur'an dan Hadith-Hadith Rasulullah SAWA bagi menyokong pendapat kami. Tetapi ianya tidak dinafikan terdapat di kalangan mereka yang bersifat adil yang terdiri daripada orang yang menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, mempunyai aqidah yang kuat dan ikhlas kepada Allah.

Oleh itu mereka mempunyai setinggi-tinggi darjat kesempurnaan. Mereka disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya,"….keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka: kami lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dan bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunas itu menjadikan tanamannya itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya: tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar."

"Dan mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar [2]."

Sesungguhnya Allah menyuruh mengikut mereka di dalam firmanNya: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar [3]."

Dan firmanNya yang bermaksud: "Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikut mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar [4]."

Mereka itu adalah sahabat Muhammad SAWA. Siapakah yang berani mengatakan kepada mereka apa yang tidak diredhai Allah [5] dan menyalahi firmanNya!

Syiah dan Sahabat (Part II ; Pandangan Ayatullah Ja'far Subhani perihal Sahabat)

Ayatullah Jaafar Subhani dalam kuliah tafsir surah al-Hasyr di Madrasah 'Ali Fiqh pernah berkata, "Hanya orang yang tidak berpelajaran sahaja yang menganggap sahabat nabi bersikap adil dari awal sampai akhir hayat mereka, atau mengatakan riwayat daripada mereka itu muktabar. Meskipun Syiah memberi penghormatan kepada mereka, ini bukanlah alasan untuk menutup mata dan memuktabarkan riwayat daripada sahabat." Beliau menambah, tidak seperti fitnah yang tersebar luas, Syiah juga mengasihi mereka namun sebahagian pembohongan menuduh syiah mengkafirkan sahabat."

"Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah dikalangan sahabat lebih dari 70 peratus mereka itu bertaqwa dan berlaku adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil. Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya."

"Bagaimana mungkin Syiah mengkafirkan semua sahabat sedangkan lebih 150 orang daripada kalangan mereka itu adalah pengikut Ali (as). Oleh itu hendaklah mereka yang membuat tuduhan itu takut kepada Allah dan tidak berdusta lagi." tambah beliau.

Berkenaan riwayat-riwayat Ahlusunnah seperti di dalam Sahih Bukhari beliau mengatakan, "Dalam kitab Sahih Bukhari sebahagian riwayat menunjukkan kemurtadan para sahabat. Syiah menganggap kemurtadan ini adalah berpaling dari kepimpinan, bukannya keluar dari Islam. Oleh itu barangsiapa yang membuat tuduhan liar terhadap Syiah, mereka itu dikira tidak berpelajaran."

Merujuk kepada beberapa peristiwa bersejarah tentang ketidak adilan sebahagian para sahabat, ulama tafsir ini menjelaskan, "Sejarah menunjukkan bahawa sahabat Nabi beberapa kali mengingkari baginda dan banyak ayat telah turun untuk memberi hidayat dan menghalang mereka dari kesesatan dan kefasikan yang mana teladan itu dapat disaksikan dalam surah al-Hasyr."

Ayatullah Subhani menegaskan, "Sebahagian khutbah Nabi dan peperangan setelah wafat baginda seperti perang Jamal, Nahrawan dan..... perkara ini membuktikan sebahagian para sahabat terjebak seperti apa yang dirisaukan baginda dan gugurlah keadilan dari mereka itu."

Menurut beliau lagi, "Allah (swt) mendifinisikan sifat dan ciri-ciri para sahabat di dalam berbagai ayat, namun jelas sekali definisi itu tidaklah meliputi semua sahabat namun kebanyakan daripada mereka termasuk di dalamnya."

"Maksud ayat-ayat seperti ini ialah sahabat hakiki yang memiliki sifat dan personaliti seperti ini sahaja, bukan bermaksud pakaian keadilan dan kesucian dibusanakan ke tubuh semua sahabat." menurut beliau lagi.

Syiah dan Sahabat (Part I ; Menjawab fitnah kononnya syiah mengkafirkan sahabat)


Pertanyaan: Siapakah Syiah? Mungkinkah pegangan golongan minoriti ini berada dalam kebenaran?

Jawapan:

Saudara yang bertanya, selama menurut logika al-Quran golongan majoriti belum tentu berada dalam kebenaran sebagaimana lima belas kali firman Allah (s.w.t.) di dalam al-Quran:


أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ .


“Kebanyakan mereka tidak mengerti”…

- Surah al-An’am ayat 37, surah al-‘Araf ayat 131, Surah al-Anfal ayat 34, Surah Yunus ayat 55….. …….


Dua kali disebut:

أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ .

“Kebanyakan mereka tidak berfikir”.


Surah al-Ankabut ayat 63, Surah al-Hujurat ayat 4.

Kita juga dapat melihat masyarakat yang menjadi majoriti di dunia sekarang ini ialah golongan Masihi. Menurut statistik penduduk dunia dari data-data dari setiap negara yang dilapor oleh Wikipedia, hari ini pengikut agama Masihi di seluruh dunia membentuk 30% daripada penduduk dunia.


Jikalau majoriti secara otomatik dianggap sebagai pemilik kebenaran, maka golongan ini sebenarnya lebih berhak untuk anda katakan sebagai pemilik kebenaran. Sekiranya anda mencermati fakta ini sudah tentu anda tidak bertanyakan soalan remeh tersebut.


Walau bagaimanapun sebab golongan Ahlusunnah menjadi majoriti di dalam masyarakat Islam di seluruh dunia akan mendesak kita membuka lebih banyak lembaran sejarah. Semoga beberapa perkara berikut dapat menyingkirkan keraguan anda:


قال تعالى ( إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية ) . لما نزلت هذه الآية قال الرسول لعلي يا علي ( ع ) هم أنت و شيعتك .


سورة البينة ، آية 7 .


والصواعق المحرقة لابن حجر ص 96 ؛ شواهد التنزيل للحاكم الحسكاني ج 2 ، ص 356 - 66 ح 1125 - 1148؛كفاية الطالب للكنجي الشافعي ص 244 و 245 و 246 ؛ المناقب للخوارزمي ص 62 و 187؛ الفصول المهمة لابن الصباغ المالكي ص 107 ؛ ينابيع المودة ـ قندوزي الحنفي ـ ص 62؛ نور الأبصار ص 71 و 102 ؛ الدرالمنثورـ سيوطي ـ ج 6 ، ص 379؛ تفسير الطبري ج 3 ، ص 146؛ تذكرة الخواص لابن الجوزي ص 18؛ فتح القدير للشوكاني ج 5 ، ص 477؛ فرائد السمطين ج 1 ، ص 156 .

Firman Allah (s.w.t.): “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk” Tatkala ayat ini turun, Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada Ali, “Wahai Ali, mereka itu adalah engkau dan Syiahmu”.


Shawaiq Muhriqah Ibnu Hajar halaman 96, Syawahid Tanzil halaman 356-66, Kifayah al-Thalib halaman 244, 245 dan 246, al-Manaqib al-Khawarijmi halaman 62 dan 187, Fushulul Muhimmah halaman 107, Yanabi’ul Mawaddah halaman 62, Nurul Absar halaman 71 dan 102, Tafsir Durrul Manthurjilid 6 halaman 379, Tafsir al-Tabari jilid 3 halaman 146; Tazkiratul Khawas ibnu Jauzi halaman 18, Fathul Qadir jilid 5 halaman 477, Faraid al-Samthin, jilid 1 halaman 156


... أمير المؤمنين علي بن أبي طالب قال قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي إذا كان يوم القيامة يخرج قوم من قبورهم لباسهم النور على نجائب من نور أزمتها يواقيت حمر تزفهم الملائكة إلى المحشر فقال علي تبارك الله ما أكرم هؤلاء على الله قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي هم أهل ولايتك وشيعتك ومحبوك يحبونك بحبي ويحبوني بحب الله هم الفائزون يوم القيامة .


تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 332،‌ ذيل ترجمه آقا اميرالمؤمنين علي عليه السلام .


Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Wahai Ali, apabila tiba hari kiamat, akan keluar satu kaum dari kubur, di mana pakaian mereka daripada cahaya, dan menunggang di atas unta cahaya, tambatan unta itu daripada batu delima merah. Malaikat akan mengiringi mereka sampai ke padang Mahsyar”. Maka berkata Ali, “Tabaraka wa Ta’ala, sungguh mereka ini dimuliakan”. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Mereka ini ialah orang yang menerima kepimpinan-mu, Syiah-mu dan pencinta-mu, demi-ku mereka mencintai-mu, dan mereka juga mencintai-ku kerana Allah. Mereka itu golongan yang berjaya di hari kiamat”.

Tarikh al-Madinah, jilid 42 halaman 332


روى ابن عساكر بإسناده عن جابر بن عبد اللّه، قال: كنّا عند النبي صلى اللّه عليه وسلّم، فأقبل علي بن أبي طالب، فقال رسول اللّه: «قد أتاكم أخي، ثمّ التفت الي‏الكعبة فضربها بيده. ثمّ قال: والذي نفسي بيده، إنّ هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة.


ثمّ قال: إنّه أوّلكم إيماناً معي، وأوفاكم بعهد اللّه، وأقومكم بأمر اللّه، وأعدلكم في الرعيّة، وأقسمكم بالسويّة، وأعظمكم عند اللّه مزية». قال: وفي ذلك الوقت نزلت فيه: (إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ). البيّنة:7/98.


كان أصحاب محمد صلى اللّه عليه وسلّم إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية.


تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 371،‌ ذيل ترجمه اميرالمؤمنين علي عليه السلام .


Ibnu Asakir dengan sanad-sanadnya sendiri, daripada Jabir bin Abdullah berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah (s.a.w.) maka datanglah Ali bin Abi Talib, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Sesungguhnya telah datang saudaramu, setelah itu baginda mengadap ke Ka’bah dan smenepuknya dengan tangan baginda. Kemudian baginda bersabda: Demi jiwaku ditanganNya, Sesungguhnya dia ini dan Syiahnya akan berjaya di hari kiamat”.


Kemudian baginda bersabda lagi: “Ali adalah orang yang pertama beriman, yang paling amanah melaksanakan janji Allah, yang paling adil dalam soal kepimpinan rakyat, yang paling saksama dalam pengagihan bantuan masyarakat, dan yang paling tinggi dan istimewa kedudukannya di sisi Allah, Jabir berkata: Lalu turunlah ayat….[surah al-Bayyinah: 7-8]. Jabir juga berkata: Setiap kali Ali hadir, para sahabat akan berkata: “Telah datang sebaik-baik makhluk”.


وعن ابن عباس ( رض ) قال : لما نزلت هذه الآية : ان الذين امنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية قال : لعلي هو أنت وشيعتك تأتي يوم القيامة أنت وشيعتك راضين مرضيين ويأتي عدوك غضبانا مقحمين ...


نظم درر السمطين ـ زرندي حنفي ـ ص 92 .


Daripada Ibnu Abbas, ia berkata: “Tatkala telah turun ayat ini: [surah al-Bayyinah: 7-8], Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Ayat ini berkenaan dengan Ali, iaitu engkau dan Syiah-mu akan datang di hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya. Sementara musuh-musuhmu akan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat dileher-leher mereka”

Nizham Durar as-Samthim, al-Zarnadi al-Hanafi halaman 92.


... عن الشعبي عن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أنت وشيعتك في الجنة " .


تاريخ بغداد ج12، ص 284، ذيل ترجمه عصام بن الحكم بن عيسى بن زياد بن عبد الرحمن رقم 6731 .



“Daripada al-Sya’bi, Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Engkau (Ali) dan Syiah-mu berada di dalam Syurga”


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي أنت وشيعتك تردون على الحوض رواة مرويين بيضة وجوهكم وان عدوك يردون على الحوض ظمأ مقمحين .


المعجم الکبير ـ الطبراني ج1، ص 319، حديث 948 ، باب عبيدالله بن أبي رافع عن ابيه .


Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w.) telah berkata: “Wahai Ali, engkau dan Syiah-mu (di hari kiamat kelak) akan datang kepada-ku di telaga al-Haudh dalam keadaan tidak dahaga. Wajah kalian putih. Sesungguhnya musuh-mu akan datang kepada-ku dalam keadaan dahaga dan binasa.


al-Mu’jam al-Kabir al-Tabrani, jilid 1 halaman 319, Hadis ke-948, Bab ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’, daripada ayahnya.


Syiah dari kalangan sahabat Nabi


Zahabi ketika membahaskan tentang Hujur bin ‘Udai bin Hablah bin ‘Udai bin Rabi’ah mengatakan:


وهو حجر الخير ... أبو عبد الرحمن الشهيد . له صحبة ووفادة ... وكان شريفا ، أميرا مطاعا ، أمارا بالمعروف ، مقدما على الانكار ، من شيعة علي رضي الله عنهما .


سير أعلام النبلاء ج 3، ص 463، ذيل ترجمه حجر بن عدي .



Beliau Hujur al-Khair…. Abu Abdul Rahman al-Syahid (nama julukannya). Beliau adalah sahabat Nabi dan seorang yang setia… seorang yang mulia, maju ke depan mengerjakan Amar Ma’ruf dan mencegah kemungkaran, dan dia daripada Syiah Ali Raiyallahuanhuma


Zahabi mengatakan tentang Sa’id bin Wahb al-Hamdani al-Khayawani al-Kufi sebagai:


من كبراء شيعة علي ... أسلم في حياة النبي صلى الله عليه وسلم .


سير أعلام النبلاء ج 3، ص180، رقم 70 ، ذيل ترجمه سعيد بن وهب .


Beliau daripada Syiah Ali…. telah memeluk Islam di zaman hayat Nabi (s.a.w.)

Siyar A’lam al-Nubala, jilid 3 halaman 180, no. 70, dibawah nama Sa’id bin Wahb.


Ibnu ‘Abdul Rahman menceritakan perihal Abul Tufail al-Sahabi sebagai berikut:

أبو الطفيل عامر بن واثلة الكناني .. وقد ذكره ابن أبي خيثمة في شعراء الصحابة... وكان متشيّعاً في علي.


الإستيعاب ابن عبد البر ج 4 ص 1696


Abul Tufail ‘Amir bin Wathilah al-Kunani… Ibnu Abi Khaithamah menyebut nama beliau daripada kalangan sahabat nabi… dan beliau adalah Syiah Ali.

Al-Isti‘ab Ibn Abdul Bir, jilid 4 halaman 1696


Ibnu Abil Hadid berkata:

وكان سلمان من شيعة على ( عليه السلام ) وخاصته.


شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد، ج 18،ص 39.


Salman daripada Syiah Ali dan sahabatnya yang khusus

Ibnu Abil Hadid, Syarah Nahjul Balaghah jilid 18 halman 39.


Mas‘udi Syafie menceritakan peristiwa kewafatan Nabi (s.a.w.):

أن الإمام عليا أقام ومن معه من شيعته في منزله بعد أن تمت البيعة لأبي بكر .


اثبات الوصية للمسعودي : 121 ط النجف .


“Sesunggunya Imam Ali berada di dalam rumahnya bersama Syiah-nya ketika selesai peristiwa pembaiatan kepada Abu Bakar”

Ithbat Al-Wasiyah al-Masu‘udi halaman 121


Dr. Subhi al-Shaleh mengatakan:


كان بين الصحابة حتى في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله وسلم ) شيعة لربيبه علي ، منهم : أبو ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وجابر بن عبد الله ، وأبي بن كعب ، وأبو الطفيل عمر بن وائلة ، والعباس بن عبد المطلب وجميع بنيه ، وعمار بن ياسر ، وأبو أيوب الأنصاري.


النظم الإسلامية : ص 96 .

Di kalangan sahabat, sehingga di zaman Nabi (s.a.w.) ada beberapa orang Syiah Ali yang ditarbiyah oleh Nabi. Antaranya ialah: Abu Zar al-Ghafari, Miqdad bin Aswad, Jabir bin Abdullah, Ubai bin Ka’b, Abu Tufail ‘Amir bin Wailah, Abbas bin Abdul Mutalib serta seluruh anak-anaknya, ‘Ammar bin Yasir dan Abu Ayub al-Ansari.

al-Nizam al-Islamiyah halaman 96


Muhammad Kurd Ali dalam kitab Khitat al-Syam mengatakan:


عرف جماعة من كبار الصحابة بموالاة علي في عصر رسول الله صلى الله عليه وسلم ، مثل سلمان الفارسي ، القائل : بايعنا رسول الله على النصح للمسلمين ، والائتمام بعلي بن أبي طالب ، والموالاة له ، ومثل أبي سعيد الخدري ... ومثل أبي ذر الغفاري وعمار بن ياسر ، وحذيفة بن اليمان وذي الشهادتين ، وأبي أيوب الأنصاري ، وخالد بن سعيد ، وقيس بن سعد .


خطط الشام 5 / 251 - 256 .

Pada zaman Rasulullah telah dikenal komuniti besar dari kalangan sahabat nabi yang mengangkat Ali menjadi pemimpin seperti Salman al-Farisi yang berkata: Kami ketika bersama Rasulullah telah menerima kepimpinan Ali bin Abi Talib, seperti Abu Zar al-Ghifari, Ammar bin Yasir, Huzaifah bin al-Yamani, Zil Syahadatain, Abi Ayub al-Ansari, Khalid bin Sa‘id dan Qais bin Sa’d.

Khitat al-Sham jil 5 halaman 251-256


Ibnu Hazm berkata:


وروينا عن نحو عشرين من الصحابة أن أكرم الناس على رسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) علي بن أبي طالب.


الفصل في الملل والأهواء والنحل : 3 / 32 (111/4)، وركبت السفينة لمروان خليفات، ص 598.

Kami meriwayatkan sekitar dua puluh orang sahabat nabi tentang yang paling mulia dari kalangan manusia di sisi Rasulullah ialah Ali bin Abi Talib.

al-Fashl fil milal wal Ahwa wal Nihal, jilid 3 halaman 32, Wa Rakibtul Safinah Marwan Khalifat, halaman 598

Kemunculan Syiah menurut riwayat ulama Ahlusunnah

Ibnu Khaldun mengatakan:


مبدأ دولة الشيعة: اعلم أنّ مبدء هذه الدولة، أنّ أهل البيت لمّا توفي رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلّم كانوا يرون أنّهم أحق بالأمر وأنّ الخلافة لرجالهم دون سواهم من قريش.


وفي قصّة الشورى أنّ جماعة من الصحابة كانوا يتشيعون لعلي ويرون استحقاقه على غيره ولمّا عدل به إلى سواه تأففوا منه وأسفوا له مثل الزبير ومعه عمار بن ياسر والمقداد بن الأسود وغيرهم.


تاريخ ابن خلدون، ج 3، ص 171.

Ketahuilah mula-mula terbentuknya Daulah ini ialah tatkala wafatnya Rasulullah Ahlul Bait merasakan mereka lebih berhak dalam pemerintahan, Bani Hashim lebih layak menjawatnya dan Quraysh yang lain tidak berkelayakan.


Dalam peristiwa Syura ada beberapa orang sahabat daripada Syiah Ali percaya tidak ada seorang pun yang layak menjadi Khalifah melainkan Ali, mereka menunjukkan rasa tidak puas hati apabila bukan Ali menjawat jawatan khalifah. Mereka itu seperti Zubair, Ammar, Miqdad bin Aswad dan lain-lain lagi.

Tarikh Ibnu Khaldun, jilis 4 halaman 171



Ustaz Abdullah ‘Inan berkata:


من الخطأ أن يقال : إن الشيعة ظهرت ولأول مرة عند انشقاق الخوارج . بل كان بدء الشيعة وظهورهم في عصر الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) حين أمره الله بإنذار عشيرته في الآية 214 من الشعراء : (وأنذر عشيرتك الأقربين) ولبى النبي فجمع عشيرته في بيته وقال لهم مشيرا إلى علي : هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم فاسمعوا له وأطيعوا.


روح التشيع لعبد الله نعمة : ص 20 عن الجمعيات السرية .


Antara kesilapan ialah orang yang mengatakan Syiah mula wujud ketika munculnya fitnah Khawarij. Bahkan kemunculan Syiah sebenarnya ialah di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w.) ketika turunnya arahan Allah kepada Rasulnya dalam surah Syu’ara ayat 214, ketika Nabi menyeru seruan Labbaik, maka baginda menghimpunkan kaum kerabatnya di dalam rumahnya dan sambil menunjukkan kepada Ali baginda bersabda: “Ini adalah saudara-ku, Washi-ku, dan Khalifah setelah-ku, maka dengarlah kata-katanya dan patuhlah kepadanya”.


Abu Hatim al-Razi (Wafat 205 Hijrah) salah seorang ulama dalam bidang Lughah dan Ulum Quran dalam kitab al-Zinah fi al-Kalimat al-Islamiyah al-Arabiyah berkata:


الشيعة لقب لقوم كانوا قد ألفوا أمير المؤمنين علي بن أبي طالب - صلوات الله عليه - في حياة رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وعرفوا به ، مثل سلمان الفارسي ، وأبي ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وعمار بن ياسر ، وكان يقال لهم شيعة علي ، وأصحاب علي.


كتاب الزينة : 259 تحقيق عبد اللّه سلوم السامرائي، نشأة الشيعة لعبد المنعم داود، ص 65، ط. بغداد 1968، الشيعة في مصر، لصالح الورداني المستبصر، ص 10.

Nama Syiah merujuk kepada golongan yang terkenal dengan mencintai Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib di zaman Rasulullah (s.a.w.). Contohnya Salaman al-Farisi, Abi Zar al-Ghifari, Miqdad bin Aswad, ‘Ammar bin Yasir, mereka ini disebut sebagai Syiah Ali dan para sahabat Ali.


Kitab al-Zinah halaman 256


Zubair bin Bakar berkata:

وكان عامّة المهاجرين وجلّ الأنصار لا يشكّون أنّ عليّاً هو صاحب الأمر بعد رسول‏اللّه‏.


الأخبار الموفّقيات لابن بكار (ت 272): 580، ومثله في تاريخ اليعقوبي: 103/2.


Secara umumnya, Muhajirin dan Ansar tidak mengesyaki bahawa Ali adalah pemilik pemerintahan setelah Rasulullah (s.a.w.).

al-Akhbar al-Muwaffaqiyat, Ibnu Bakar halaman 580

*bersambung....