Thursday, March 31

Isu Bahrain : Qaradhawi dicabar berdebat


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi hari ini memulakan kuliah Bahsil Kharij di masjid A’zam dengan kisah pembentukan revolusi-revolusi serantau terutamanya kebangkitan rakyat Bahrain, jenayah Aali Khalifah dan kenyataan tidak waras beberapa ulama Sunni tentang perkara ini. Beliau menyatakan, “Qardawi adalah seorang pemimpin daripada ulama-ulama Ahlusunnah yang cukup terpelajar, namun baru-baru ini, kata-katanya tentang kebangkitan Syiah dan Sunni di Bahrain menunjukkan beliau bukan seorang alim agama.

“Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak berminat terhadap kebangkitan di Bahrain dan ingin mereka ini dibubarkan, sedangkan seorang ugamawan tidak sepatutnya berbicara seperti ini, iaitu pilih kasih antara umat Islam. Bagaimana mungkin beliau menyokong Mesir dan Libya akan tetapi mempertahankan diktator di Bahrain? Tidak benar satu atap dua udara buat sebuah alam”.


Ketaksuban membawa keuntungan buat Zionis

Beliau menyatakan, “Di Bahrain, tidak semuanya Syiah. Syiah dan Sunni bersama-sama bangkit dan ulama Sunni Bahrain turut berucap untuk kebangkitan. Anda hendaklah menyingkirkan ketaksuban dan berdalillah dengan logika. Dua udara satu atap merupakan fanatik kaum dan ia memberi keuntungan untuk Israel dan musuh Islam”.

Ayatullah Makarim Syirazi sambil menunjukkan perancangan musuh yang masih mengugut Iran berkata, “Qarawi, pemimpin Al-Azhar, mufti besar Syria, marilah berbincang bersama saya, sampai kita tahu jikalau tidak ada revolusi Islam Iran dan kamu tidak berbicara tentang Amerika, apakah yang akan terjadi kepada situasi serantau? Benarkah rakyat Mesir mampu membentuk revolusi? Apakah Israel tidak punya komplot untuk seluruh Timur Tengah?


Jikalau tidak ada Iran, nescaya Zionis menelan Timur Tengah

Marji’ Taqlid ini mengingatkan, “Jikalau Syiah di Iran dan Lubnan tidak menyerang Israel, situasi serantau tidak akan jadi seperti ini, setelah itu mereka sangat berwaspada supaya revolusi ini tidak diambil alih, sekiranya tidak ada Iran nescaya Israel menelan Timur Tengah, Qardawi hendaklah lebih banyak membaca”.

Beliau sambil mengisyaratkan perpaduan umat Islam berkata, “Wahabi adalah penentang Syiah di mana kita hendaklah bertoleransi dalam berdepan dengan mereka, sehinggakan ada riwayat menyebut kita hendaklah menyertai solat jemaah mereka, kerana jikalau kita berbalah dalam situasi seperti ini maka Israel dan musuh Islam akan meraih keuntungan.

“Meskipun begitu ia bukanlah bermaksud kita mengabaikan pandangan kita sebagai Syiah Imam Dua Belas, dan hendaklah kita berdiri teguh dengan pendirian sendiri dalam menghadapi musuh-musuh yang menghina Ahlul Bait, walaupun golongan ini kecil.

“Barangsiapa yang mengikuti maktab Ahlul Bait adalah dihitung sebagai Syiah, mereka wajib patuh kepada arahan Ahlul Bait dalam menghadapi para Mukhalif seperti Wahabi dan Nasibi. Lihatlah bagaimana Ahlul Bait bertingkah dan ikutilah mereka” (abna.ir)

No comments:

Post a Comment