Friday, June 5

Abdullah ibn Saba' dan Syi'ah


Tuduhan bahawa madzhab syiah adalah ajaran daripada si Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat Islam dan semacam sudah sebati dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba' yang berpura-pura memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam. Beliau dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan teori Ali adalah wasi Muhammad SAWA. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama Ibn al-Sawda' atau ibn 'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita Abdullah ibn Saba' adalah satu dongengan semata-mata.

Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin.

Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup (walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS.Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari madzhab Syi'ah atau Sunnah.

Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah ibn Saba'.

Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'

Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin.


Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup (walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari madzhab Syi'ah atau Sunnah.

Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut.

Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'

Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun daripada para penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya - satu perkara yang agak ganjil bagi seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada zaman awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya.

Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk melukiskan watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS. Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan seterusnya selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang musuh-musuh Ali AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman. Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan bertukarnya maksud istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya yang juga terdiri daripada puak-puak yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani Umayyah. istilah Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani Abbas sebagai khalifah.


Walau bagaimanapun Ziyad mahupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah sebagai golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahawa Hujr bin Adi dan teman-temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.


 (Terjemahan dari Jurnal Al-Tawhid, Vol.IV, No.4, 1407H, hlm.158-160)

Wednesday, June 3

ASY – SYURA : 23

Perintah Mencintai Ahlul Bait (a.s)


قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ

“That is (the Bounty) whereof Allah gives Glad Tidings to His Servants who believe and do righteous deeds. Say: "No reward do I ask of you for this except the love to my family.”


Ayat ini turun untuk keluarga Rasulullah SAWAW, yakni : Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (a.s). Sila rujuk:

1. Syawahidut Tanzil, oleh Al-Hakim Al-Haskani Al-Hanafi, jilid 2, halaman 130, hadis ke 822, 823, 824, 825, 826, 827, 828, 832, 833, 834, dan 838.

2. Manaqib Ali bin Abi Thalib, oleh Ibnu Al-Maghazili Asy-Syafi’i, halaman 307, hadis ke 352.

3. Dzakhairul ‘Uqba, oleh Ath-Thabari Asy-Syafi’i, halaman 25 dan 138.

4. Ash-Shawa’iqul Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Asy-syafi’i, halaman 101, 135, 136, cet. Al-Maimaniyah, Mesir; halaman 168, dan 225, cet. Al Muhammadiyah, Mesir.

5. Kifayah Ath-Thalib, oleh Al-Kanji Asy-Syafi’i, halaman 91,93, dan 313, cet. Al-Haidariyah; halaman 31, 32, 175, 178, cet. Al-Ghira.

6. Al-Fushul Al-Muhimmah, oleh Ibnu Shabagh Al-Maliki, halaman 11.

7. Maqtal Al-Husain, oleh Al-Khawarizmi Al-Hanafi, jilid 1, halaman 1 dan 57.

8. Tafsir Ath-Thabari, jilid 25, halaman 25, cet. Ke 2 Mushthafa Al-Halabi, Mesir;
jilid 25, halaman 14 dan 15, cet. Al-Maimaniyah, Mesir.

9. Al-Mustadrak Al-Hakim, jilid 3, halaman 172.

10. Al-Ittiraf, oleh Asy-Syabrawi Asy-Syafi’i, halaman 5 dan 13.

11. Ihyaul Mayt, oleh As-Suyuthi Asy-Syafi’i (catatan pinggir) Al-Ittihaf, halaman 110.
12. Nurul Abhsar, oleh Asy-Syablanji, halaman 102, cet. As-Sa’idiyah; halaman 106, cet. Al-’Utsmaniyah.

13. Tafsir Al-Kasysyaf, oleh Zamakhsyari, jilid 3, halaman 402, cet. Mushthafa Muhammad; jilid 4, halaman 220, cet. Bayrut.

14. Tafsir Fakhrur Razi, jilid 27, halaman 166, cet. Abdurrahman Muhammad, Mesir; jilid 7, halaman 405-406.

15. Tafsir Al-Baidhawi, jilid 4, hal 123, cet. Mushthafa Muhammad, Mesir; jilid 5, halaman 53, cet. Darul Kutub, halaman 642, cet. Al-‘Utsmaniyah.

16. Tafsir Ibnu Katsir, jilid 4, halaman 112.

17. Majma’uz Zawaid, jilid 7, halaman 103; dan jilid 9, halaman 168.

18. Fathul Bayan fi Maqashidil Qur’an, oleh Shiddiq Hasan Khan, jilid 8, halaman 372.

19. Tafsir Al-Qurthubi, jilid 16, halaman 22.

20. Fathul Qadir, oleh Asy-Syaukani, jilid 4, halaman 537, cet.ke 2; jilid 2, halaman 22, cet. Pertama, Mesir.

21. Ad-Durrul Mantsur, oleh As-Suyuthi, jilid 6, halaman 7.

22. Yanabi’ul Mawaddah, oleh Al-Qundusi, halaman 106, 194, 261, cet. Islambul; halaman 123, 229, 311, cet. Al-Haidariyah.

23. Tafsir An-Nasafi, jilid 4, halaman 105.

24. Hilyatul Awliya’, jilid 3, halaman 201.

25. Al-Ghadir, Al-Amini, jilid 2, halaman 306-311.

26. Ihqaqul Haqq, oleh At-Tastari, jilid 3, halaman 2-22; jilid 9, halaman 92-101, cet. Pertama, Teheran.

27. Fadhailul Khamsah, jilid 1, halaman 259.

28. Faraid As-Samthin, jilid 1, halaman 20; jilid 2, halaman 13, hadis ke 359.

29. Abqatul Anwar bagian hadis Ats-Tsaqalayn, jilid 1, halaman 285.
Soalnya mengapa Ahl Bayt as?
Apakah begitu pentingnya Ahl Bait Nabi SAWAW sehingga dinyatakan Allah di dalam al-Qur'an?
Mengapakah ketika sewaktu kita membaca tahiyat ketika solat ada perkataan 'Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala Alihi Muhammad' tetapi tidak pula disebutkan ''Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala Alihi wa sohbihi ajma'in'..

AL – AHZAB : 33


Pensucian Ahlul Bait (a.s)

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
“And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye members of the Family, and to make you pure and spotless.”


Berdasarkan riwayat dari Aisyah, Ummu Salamah, Abu Said Al-Khudri, dan Anas bin Malik, ayat ini diturunkan hanya untuk lima orang, yaitu: Rasulullah SAWAW, Ali, Fatimah, Hasan, dan Husein (a.s).

Sesungguhnya Rasulullah SAWAW telah bersabda seraya menunjuk kepada Ali, Fatimah, Hasan, dan Husein : “Ya Allah, mereka ini Ahli Baytku, maka peliharalah mereka dari keraguan dan sucikan mereka sesuci-sucinya.” Hadis-hadis yang semakna dengannya, silahkan rujuk:

1. Shahih Muslim, kitab Fadhail Ash-Shahabah, bab Fadhail Ahlu bait Nabi, jilid 2, halaman 368, cet. Isa Al-Halabi: jilid 15, halaman 194, Syarah An-Nawawi, cet. Mesir.

2. Shahih At-Tirmidzi, jilid 5, halaman 30, hadis ke 3258; halaman 328, hadis 3875, cet. Darul Fikr.

3. Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 5, halaman 25, cet. Darul Ma’arif, Mesir.

4. Al-Mustadrak Al-Hakim, jilid 3, halaman 133, 146, 147, 158; jilid 2, halaman 416.

5. Al-Mu’jam Ash-shaghir, oleh Ath Thabrani, jilid 1, halaman 65 dan 135.

6. Syawahidut Tanzil, oleh Al-Hakim Al-Haskani Al-Hanafi, jilid 2, halaman 11-92, hadis 637, 638, 639, 640, 641, 644, 648,, 649, 650, 651, 652, 653, 656, 657, 658, 659, 660, 661, 663, 664, 665, 666, 667, 668, 671, 672, 673, 675, 678, 680, 681, 686, 689, 690, 691, 694, 707, 710, 713, 714, 717, 718, 729, 740, 751, 754, 755, 756, 757, 758, 759, 760, 761, 762, 764, 765, 767, 768, 769, 770, 774, cet. pertama, Bayrut.

7. Khashaish Amirul Mu’minin, oleh An-Nasa’i Asy-Syafi’i, halaman 4, cet. At-Taqaddum Al-‘Ilmiyah, Mesir; halaman 8, cet. Bairut; halaman 49, cet Al Haidariyah.

8. Tarjamah Al-Imam Ali Bin Abi Thalib, dalam Tarikh Damsyiq, oleh Ibnu Asakir Asy-Sayarifi’i, jilid 1, halaman 185.

9. Kifayah Ath-Thalib, oleh Al-Kanji Asy-Syafi’i, halaman 45, 373, 374, 375.
10. Musnad Ahmad, jilid 3, halaman 259 dan 285; jilid 4, halaman 107; jilid 6, halaman 292, 296, 298, 304, dan 306, cet. Mesir.

11. Usdul Ghabah fi Ma’rifati Ash-Shahabah, oleh Ibnu Atsir Asy-Syafi’i, jilid 2, halaman 12 dan 20; jilid 3, halaman 413; jilid 5, halaman 521 dan 589.

12. Dzakhairul ‘Uqba, oleh Ath-Thabari Asy-Syafi’i, halaman 21, 23, dan 24.

13. Asbabun Nuzul, oleh Al-Wahidi, halaman 203, cet. Al-Halabi, Mesir.

14. Al-Manaqib, oleh Al-Khawarizmi Al-Hanafi, halaman 23 dan 224.

15. Tafsir Ath-Thabari, jilid 22, halaman 6, 7, dan 8, cet. Al-Halabi, Mesir.

16. Ad-Durul Mantsur, oleh As-Suyuthi, jilid 5, halaman 198 dan 199.

17. Ahkamul Qur’an, oleh Al-Jashshash, jilid 5, halaman 230, cet. Abdurrahman Muhammad; halaman 443, cet. Cairo.

18. Manaqib Ali bin Abi thalib, oleh Ibnu Al-Maghazili Asy-Syafi’i, halaman 301, hadis ke: 345, 348, 349, 350, dan 351

19. Mashabih As-Sunnah, oleh Al-Baghawi Asy-Syafi’i, jilid 2, halaman 278, cet. Muhammad Ali shabih; jilid 2, halaman 204, cet. Al-Khasyab.

20. Misykat Al-Mashahabih, oleh Al-‘Amri, jilid 3, halaman 354.

21. Al-Khasysyaf, oleh Zamakhsyahari, jilid 1, hal 193, cet. Mushthafa Muhammad; jilid 1, halaman 369, cet. Bayrut.

22. Tadzkirah Al-Khawwash oleh As-Sibt bin Al-Jauzi Al-Hanafi, halaman 233.

23. Mathalib As-Saul, oleh Ibnu Thalhah Asy-Syafi’i, jilid 1, halaman 19 dan 20.

24. Ahkamul Qur’an, oleh Ibnu ‘Arabi, jilid 2, halaman 166, cet. Mesir.

25. Tafsir Al-Qurthubi, jilid 14, halaman 182, cet. Kairo.

26. Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3, halaman 483, 494, dan 485, cet. Mesir.

27. Al-fushul Al-Muhimmah, oleh Ibnu Shabagh Al-Maliki, halaman 8.

28. At-Tashil Li’ulumi At Tanzil, oleh Al-Kalbi, jilid 3, halaman 137.

29. Tafsir Al-Munir Lima’alim At Tanzil, oleh Al-Jawi, jilid 2, halaman 183.

30. Al-Ishabah oleh Ibnu Hajar Asy-Syafi’i, jilid 2, halaman 502; jilid 4; halaman 367, cet. Mushthafa Muhammad; jilid 2, halaman 509; jilid 4, halaman 378, cet. As-Sa’adah, Mesir.

31. Al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an, oleh As-Suyuthi, jilid 4, halaman 240, cet. Mathba’ Al-Masyhad Al-Husaini, Mesir.

32. Ash-Shawa’iqul Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, halaman 85, cet. Al-Maimaniyah; halaman 141 dan 227, cet Al-Muhammadiyah.

33. Muntakhab Kanzul ‘Ummal (catatan pinggir) Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 5, halaman 96.

34. As-Sirah An-Nabawiyah, oleh Zaini Dahlan (catatan pinggir) As-Sirah Al-Halabiyah, jilid 3, halaman 329 dan 330, cet. Al-Mathba’ Al-Bahiyah, Mesir; jilid 3, halaman 365, cet. Muhammad Ali Shabih, Mesir.

35. Is’afur Raghibin, oleh Ash-Shabban (catatan pinggir) Nurul Abshar, halaman: 104, 105, dan 106, cet As-Sa’idiyah; halaman 97, dan 98, cet.Al-‘Utsmaniyah; halaman 105, cet. Mushthafa Muhammad, Mesir.

36. Ihqaqul Haqq, oleh At-Tastari, jilid 2, halaman 547-502.

37. Fadhailul Khamsah, jilid 1, halaman 223 dan 224.

38. Al-Isti’ab, oleh Ibnu Abdul Bar (catatan pinggir) Al-Ishabah, jilid 3, halaman 37, cet. As-Sa’adah; jilid 3, halaman 317, cet. Mushthafa Muhammad.

39. Yanabi’ul Mawaddah, oleh Al-Qundusi, halaman: 107, 108, 228, 229, 230, 244, 260, dan 294, cet. Istambul; halaman 124, 125, 126, 135, 196, 229, 269, 271, 272, 352, dan 353, cet. Al-Haidariyah.

Pensucian Ahl-Bait adalah jelas termaktub di dalam nas. Adapun Isteri-isteri baginda,mereka tidak termasuk di dalam Ahl-Bait seperti mana yang disebutkan oleh riwayat di atas. Begitulah Allah menetapkan akan penyambung urusan Rasul-Nya.