Wednesday, June 10

Rigi’s brother exposes U.S. ties with Jundullah

TEHRAN (Press TV) - Revelations by the brother of Jundullah leader Abdolmalek Rigi confirm reports that the U.S. helped the armed separatist ring carry out terror activities in Iran. 

In a recent interview conducted prior to his execution, Abdulhamid Rigi told Press TV that since 2005, his brother had repeatedly met with U.S. agents in Islamabad and Karachi and communicated with them through a common link. 

“In Pakistan, Malek (Abdolmalek Rigi) contacted an individual that resided in the U.S. who then put him through to the FBI. So, Malek said that he would go to Islamabad and meet with the Americans,” he explained. 

“A few days after he returned from his first meeting, we asked him about it. God knows what really passed, but according to what he told us, he said he met with the Americans. As Malik was involved with al-Qaeda and the Americans knew about it, they had questioned him about it,” he added. 

“Malik had told them that since 2002 he had no links with al-Qaeda any more. He said he had told them that he is only against Iran and only fights against Iran. He said that he had asked the American for financial support and they had replied by asking him to meet with them again.” 

Abdulhamid, who blames his brother for his eventual arrest, then went on to talk about his brother’s second meeting with U.S. agents. He said that Abdolmalek had gone to the meeting alone. 

He added that the militant leader did not meet again with the Americans till 2006, when he contacted them through a link in New Jersey, who went by the name of Amanollah. 

Abdulhamid Rigi said that in 2005 he himself had met with the Americans once in Islamabad, where they had asked about the activities Jundullah was carrying out in Iran, their numbers, their positions and their requests. 

After the meeting, he added, Malek had called the Americans to only contact him not any other ring members. 

Abdulhamid said that from 2005 onwards Malik had held several “confidential” meeting with FBI and CIA agents in Karachi and Islamabad. 

He added that during one of the meetings in the Pakistani capital, two female U.S. agents had offered weapons, safe bases in Afghanistan, and professional trainers, while inquiring about how many people the group could gather for military training. 

“We said we could bring two to three thousand, but we can’t fund them,” said Abdulhamid Rigi, adding that they had finally accepted the U.S. proposal. 

Abdolhamid Rigi, who was arrested and handed over to Iranian officials last year along with three other Jundullah members, was executed on Saturday for his key role in a series of terrorist attacks against civilians. 

Jundullah is a Pakistan-based terror group closely affiliated with the notorious al-Qaeda organization and made up of disgruntled members of the Baluch ethnic minority. 

A 2007 Sunday Telegraph report revealed that Jundullah was a CIA creation designed to achieve “regime change in Iran”. The report said it was the CIA that had tried to destabilize Iran by “supplying arms-length support, supplying money and weapons” to Jundullah. 

An ABC report also indicted that officials in Washington had ordered Jundullah terrorists to “stage deadly guerrilla raids inside the Islamic Republic, kidnap Iranian officials and execute them on camera” all as part of a “programmatic objective to overthrow the Iranian government.” 

Jundullah has orchestrated a chain of deadly bombings and violent attacks in Iran. So far, it has accepted responsibility for killing at least 16 Iranian police officers in a 2008 attack, nine Iranian security guards in 2005, and another 11 in a 2007 bombing. 

The militants group also claimed responsibility for a recent mosque bombing that left at least 25 Iranians dead in the southeastern city of Zahedan. 


Source

Sunday, June 7

Dialog Hasan AS dan Mu'awiyah (Bhg 1)

Terjemahan dari "Dialog di antara Hassan b. Ali AS dan Mu'awiyah b. Abu Sufyan Serta Rakan-Rakannya Mengenai Soal Imamah dan Khilafah Menurut Catatan Al-Allamah Tabarasi


Pengenalan

Tuntutan Hasan b. `Ali terhadap jawatan khalifah selepas bapanya amatlah ketara meskipun pada akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut demi menjaga dirinya, keluarganya serta Syi`ahnya dari ancaman Mu`awiyah b. Abi Sufyan. Di dalam perbincangan mereka mengenai Imamah/Khilafah, caci mencaci telah berlaku. Sekali pandang ia tidak harus berlaku kerana mereka tergolong di kalangan para sahabat Rasulullah s.`a.w. Apatah lagi cacian mereka terhadap Hasan b. `Ali di mana beliau dan bapanya merupakan Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.


Mungkin kilauan dunia telah membuat manusia melupai Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. Semuanya telah berlaku di dalam dunia Islam dan dicatat oleh para ulama dari golongan Ahl al-Sunnah dan Syi`ah. Persoalan yang timbul sekiranya para sahabat boleh mencaci sesama mereka, sementara orang lain yang bukan bertaraf sahabat tidak boleh menyebut dan menulis perbuatan mereka yang menyalahi nas, apakah keistimewaan mereka sehingga mereka diberi laluan yang istimewa sehingga boleh menyalahi Allah dan RasulNya?

Di sini diperturunkan hujah-hujah Hasan b. `Ali khususnya mengenai Imamah/Khilafah terhadap Mu`awiyah dan rakan-rakannya berdasarkan catatan al-`Allamah al-Tabarsi seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam Hijrah di dalam bukunya al-Ihtijaj.[1] Untuk menguatkan hujah, penulis membuat rujukan kepada buku-buku para ulama Ahl al-Sunnah.

Diriwayatkan daripada al-Sya`bi, Abi Mikhnaf dan Yazid b. Habib al-Misri sesungguhnya mereka berkata: Tidak terdapat per­tengkaran dalam Islam satu hari di mana orang ramai berkumpul di satu majlis yang lebih riuh rendah dari majlis yang dihadiri oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan, `Amru b. `Uthman b. `Affan, `Amru b. al-`As, `Atbah b. Abi Sufyan, al-Walid b. `Uqbah b. Abi Mu`it, al-Mughirah b. Syu`bah, semua mempunyai nada yang sama.

`Amru b. al-`As berkata kepada Mu`awiyah: Kenapa anda tidak mengutus kepada Hasan b. `Ali supaya tampil ke mari, kerana beliau telah menghidupkan sunnah bapanya. Sepatu digerakkan di belakangnya, jika diperintah akan dipatuhi. Dia berkata: Percaya­lah, dua perkara ini akan mengangkatnya kepada perkara yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anda mengutuskan kepadanya, nes­caya kami boleh menghinanya dan bapanya. Kami akan mencacinya dan bapanya. Kami akan memperkecilkannya dan bapanya. Kami boleh terus melakukannya sehingga beliau membenarkan anda menge­nainya.

Mu`awiyah berkata kepada mereka: Aku khuatir kalian akan dibelenggu kehinaan sehingga kalian memasuki kubur. Demi Tuhan, aku melihatnya dengan penuh kebencian. Lantaran itu aku akan memalukannya. Sesungguhnya jika aku mengutuskan kepadanya hanya­lah semata-mata bagi mengajarnya di hadapan kalian.[2]


`Amru b. al-`As berkata: Adakah anda khuatir kebatilannya mengatasi kebenaran kita, kesakitannya mengatasi kesihatan kita? Dia menjawab: Tidak. Dia berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka jemputlah beliau kemari.


`Utbah berkata: Aku kurang pasti dengan pendapat ini. Demi Tuhan, kalian tidak akan mampu untuk menghadapinya tetapi beliau mampu untuk menghadapi kalian kerana beliau Ahl al-Bait yang handal berdebat. Lalu mereka menghantar utusan seorang lelaki kepada Hasan.

Apabila utusan itu sampai kepadanya, lantas dia berkata kepada Hasan: Mu`awiyah menjemput anda. Hasan bertanya: siapa bersamanya? Utusan itu menjawab: Di sisinya si polan dan si polan. Dia menyebut nama-nama mereka semua.

Hasan berkata: Malang untuk mereka dan azab akan mendatangi mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Kemudian beliau berkata: Wahai jariah (hamba perempuan) hulurkan kain kepadaku. Kemudian beliau berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan Engkau aku menolak ancaman mereka, aku pohon perlindungan dengan Engkau daripada kejahatan mereka, aku pohon pertolongan dengan Engkau ke atas mereka. Lantaran itu pertahankan aku daripada mereka menurut kehendak Engkau, bilamana Engkau kehendaki dengan segala kekuatan Engkau ya arhama al-Rahimin.

Beliau berkata kepada utusan itu: Ini adalah doa bagi mem­ohon kejayaan. Manakala mendatangi Mu`awiyah, beliau dialu-alukan oleh Mu`awiyah dan beliau berjabat tangan dengan Mu`awiyah.

Hasan A.S berkata: Sesungguhnya orang yang anda mengalu-alukan kedatangannya adalah satu keselamatan untuknya dan "berja­bat tangan" merupakan satu perdamaian. Mu`awiyah berkata: Ya! Mereka mengutuskan anda ke mari supaya anda memperakui bahawa sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara kejam dan sesungguhnya bapa andalah yang membunuhnya. Oleh itu dengarlah kata-kata mereka kemudian berilah jawapannya kepada mereka sebagaimana mereka berkata kepada anda. Walau bagaimanapun kedudukanku tidak menghalang anda dari memberi jawapan kepada mereka.


Hasan berkata: Subhanallah, rumah adalah rumah anda dan keizinan adalah terserah kepada anda! Demi Allah jika aku mem­beri jawapan kepada mereka menurut apa yang mereka kehendaki sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan keja­hatan anda. Dan jika mereka mengalahkan anda menurut apa yang anda kehendaki, sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan kelemahan anda. Justeru itu yang mana satu anda memperakuinya dan yang mana satu anda memohon maaf. Sesungguhnya jika aku mengetahui kedudukan dan pertemuan mereka, nescaya aku datang bersama Bani Hasyim seramai bilangan mereka. Disebabkan aku berkeseorangan, mereka akan lebih bertindak liar terhadapku. sesungguhnya Allah `Azza Wajalla waliku hari ini dan selepasnya. Lantaran itu perintahlah mereka dan biarlah mereka bercakap sesuatu, aku akan mendengarnya. Tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah S.W.T.


`Amru b. `Uthman b. `Affan berkata: Kalau boleh aku tidak ingin mendengar seperti hari ini seorang pun daripada Bani `Abdu l-Muttalib selepas pembunuhan `Uthman. Sedangkan dia adalah sepupu mereka, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam teru­tamanya di sisi Rasulullah (s.`a.w). Justeru itu sejahat-jahat penghormatan Allah terhadap mereka kerana mereka telah menga­lirkan darahnya secara permusuhan dan menabur fitnah, kerana hasad dengki mereka bagi menuntut apa yang bukan menjadi milik mereka. Apatah lagi dia di kalangan orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah dan RasulNya. Alangkah hinanya jika Hasan dan seluruh Bani `Abdu l-Muttalib menjadi pembunuh `Uthman! Mereka masih hidup berjalan ke mana mana sedangkan `Uthman mati berlumuran darahnya. Di samping itu kami mempunyai hak bagi menuntut bela di atas sembi­lan belas darah Bani Umaiyyah yang dibunuh di Badr.


Kemudian `Amru b. al-`As berkata: Dia memuji Allah kemudian berkata: Di mana satu anak lelaki Abu Turab yang kami utuskan kepada anda bagi kami meminta pengakuan dari anda bahawa sesung­guhnya bapa andalah yang telah meracuni Abu Bakr al-Siddiq, bersubahat di dalam pembunuhan `Umar al-Faruq dan pembunuhan `Uthman dhi al-Nuraini secara zalim. Beliau menuntut (khalifah) bukan daripada haknya. Dan menabur fitnah mengenainya.


Kemudian dia berkata: Sesungguhnya kalian wahai Bani Abdu l-Muttalib, Allah tidak mengurniakan al-Mulk (pemerintahan) kepada kalian. Lantas kalian menguasai apa yang tidak halal bagi kalian. Anda wahai Hasan, anda mengatakan bahawa anda adalah Amir al-Mukminin, sedangkan anda tidak mempunyai daya fikir mengenai-nya. Lantaran itu tidak hairanlah jika aku meninggalkan si bodoh berada di kalangan Quraisy. Ini disebabkan perbuatan bapa anda yang jahat. Sesungguhnya kami menjemput anda adalah semata-mata untuk mencaci anda dan bapa anda. Justeru itu anda tidak mampu mencela kami apatah lagi membohongi kami menge­nainya. Tetapi sekiranya anda dapati kami membohongi kalian di dalam sesuatu perkara atau kami mengatakan sesuatu tentang anda dan sesuatu terhadap anda menyala­hi kebenaran, maka cakaplah jika tidak, ketahuilah bahawa sesungguhnya anda dan bapa anda adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Adapun mengenai bapa anda memadailah Allah telah membunuhnya dan mengasingkannya. Adapun anda berada di dalam kekuasaan kami, kami boleh membuat pilihan. Demi Allah sekiranya kami membunuh kalian tidaklah (kami) berdosa di sisi Allah dan tidak mendatang­kan keaiban di sisi orang ramai.


Kemudian `Atbah bin Abu Sufyan berkata: Wahai Hasan, sesung­guhnya bapa anda adalah sejahat-jahat Quraisy bagi Quraisy. Dia telah memutuskan silat al-Rahim di kalangan Quraisy dan menga­lirkan darahnya. Sesungguhnya anda adalah di kalangan pembunuh-pembunuh `Uthman. Justeru itu kami berhak membunuh anda kerananya. Sesungguhnya anda wajib membayar ganti rugi sebagaimana disebutkan di dalam kitab Allah Azza Wajalla dan kamilah orang yang memerangi anda mengenainya. Adapun bapa anda, Allah telah membunuhnya dan ia sudah selesai. Adapun harapan anda bagi mendapatkan khilafah, maka anda bukanlah orang yang layak mengenainya di dalam semua segi.

Kemudian al-Walid bin `Uqbah bin Abi Mu`it bercakap lebih kurang kepada para sahabatnya dan dia berkata: Wahai Bani Hasyim! Kalianlah orang pertama yang telah mendedahkan keaiban `Uthman dan mengumpulkan orang ramai bagi menentangnya. Sehingga kalian membunuhnya kerana inginkan al-Mulk (pemerintahan), memutuskan Silat al-Rahim, membinasakan umat, mengalirkan darah mereka kerana mengejar pemerintahan, mengejar dunia yang buruk dan mencintainya, sedangkan `Uthman adalah bapa saudara kalian. Dia adalah ipar kalian dan sebaik-baik ipar. Sesungguhnya ka­lianlah orang pertama yang hasad kepadanya dan mencacinya. Kemudian kalian merencanakan pembunuhannya. Bagaimana pula kalian fikir tentang azab Allah terhadap kalian.


Kemudian Mughirah bin Syu`bah pula berkata: Wahai Hasan! Sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara zalim. Justeru itu bapa anda tidak dapat mengelakkan dirinya dari pembunuhan terse­but. Tetapi kami mengatakan bahawa bapa anda telah melindungi pembunuh-pembunuh `Uthman dengan berbagai cara. Sesungguhnya dia meredhai pembunuhan itu. Demi Allah dia mempunyai pedang dan lidah yang panjang. Dia membunuh orang yang hidup dan mencela orang yang mati.


Bani Umayyah lebih baik daripada Bani Hasyim daripada Bani Hasyim terhadap Umayyah. Mu`awiyah adalah lebih baik untuk anda wahai Hasan daripada anda untuk Mu`awiyah. Bapa anda telah menentang (nasaba) Rasulullah s.`a.w. pada masa hidupnya dan telah menutupinya sebelum kewafatannya dan ingin membunuhnya. Perkara tersebut diketahui oleh Rasulullah s.`a.w. kemudian dia benci memberi bai`ah kepada Abu Bakr sehingga dia bertindak balas, kemudian meracuninya sehingga mati. Selepas itu dia menentang `Umar sehingga dia berhasrat memotong tengkoknya. Kemudian dia menyokong pembunuhannya. Selepas itu dia mencaci `Uthman sehing­ga dia membunuhnya pula. Lantaran itu dia terlibat di dalam pembunuhan mereka. Manakah kedudukannya di sisi Allah wahai Hasan!

Sesungguhnya Allah telah menjadikan sultan (pemerintah) sebagai wali kepada orang yang dibunuh di dalam kitabNya. Justeru itu Mu`awiyah adalah wali orang yang dibunuh tanpa hak. Justeru itu adalah wajar jika kami membunuh anda dan saudara lelaki anda. Demi Allah darah `Ali tidaklah lebih berbahaya dari darah `Uth­man. Lantaran itu Allah tidak akan menghimpunkan pada kalian dua perkara wahai Bani `Abdu l-Muttalib, pemerintahan (al-Mulk) dan kenabian (al-Nubuwwah). Kemudian dia berdiam diri.


Lalu Hasan bin `Ali berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayat kepada orang yang awal kalian dengan orang yang awal kami dan orang yang akhir kalian dengan orang yang akhir kami. Salawat dan salam ke atas datukku Muhammad nabi dan keluarganya. Kalian dengarlah jawapanku dan kalian fahamilah baik-baik. Dengan andalah aku mulai wahai Mu`awiyah. Demi Tuhan wahai Azraq (Mu`awiyah) tidak seorang pun mencaciku selain dari­pada anda. Mereka itu tidak mencaciku. Tidak mencelaku selain daripada anda dan mereka itu tidak mencelaku tetapi anda telah mencela dan mencaciku. Itu adalah petanda kejahatan anda dan pendapat anda kerana memusuhi kami dan hasad dengki anda kepada kami serta permusuhan anda terhadap Muhammad s.`a.w. dahulu dan sekarang.

Demi Allah sekiranya aku dan mereka itu wahai Azraq berme­syuarat di Masjid Rasulullah s.`a.w. dan sekitar kami orang-orang Muhajirin dan Ansar, nescaya mereka tidak mampu bercakap sedemi­kian rupa dan mereka tidak mengalu-alukan kedatanganku sebegini. Justeru itu dengarlah daripadaku wahai kumpulan yang menentangku. Janganlah kalian menyembunyikan kebenaran yang kalian mengeta­huinya. Dan janganlah kalian membenarkan kebatilan sekiranya aku berkata mengenainya. Aku akan mulai percakapanku dengan anda wahai Mu`awiyah dan aku tidak akan berkata sesuatu pun melainkan ia bertepatan dengan anda.

1.Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa lelaki yang kalian telah mencacinya itu adalah orang yang telah melakukan solat di hadapan dua kiblat. Dan anda telah melihat kedua-dua kitab kesesatan menyembah al-Lata dan al-`Uzza?[3] Dia juga telah mela­kukan dua bai`ah, bai`ah al-Ridwan dan bai`ah al-Fath sedangkan anda wahai Mu`awiyah, di bai`ah pertama kafir sementara di bai`ah kedua anda menarik balik bai`ah anda (nakithin).[4]

2. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah mengepung Bani Quraidah dan Bani Nadhir kemudian beliau (s.`a.w.) mengutus `Umar b. al-Khattab bersama bendera Muhajirin dan Sa`d b. Mu`adh bersa­ma bendera Ansar. Adapun Sa`d b. Mu`adh pergi ke medan perang dan tercedera. Adapun `Umar telah lari dari medan peperangan. Dia mengatakan bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para saha­batnya pula mengatakan dia adalah seorang yang pengecut.[5]


Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Besok aku akan mem­beri bendera kepada seorang lelaki di mana dia mencintai Allah dan RasulNya, dan Allah dan RasulNya mencintainya terus mara tanpa lari kemudian terus berjuang sehingga Allah memberi keme­nangan melaluinya".[6]

Abu Bakr, `Umar serta orang-orang Muhajirin dan Ansar kurang senang mengenainya. `Ali pada masa itu mengidap penyakit mata. Rasul (s.`a.w.) menjemputnya lalu meniupkan di matanya lalu dia pun sembuh.[7] Kemudian beliau memberikan kepadanya satu bendera.[8] Dia pun pergi berjuang sehingga mendapat kemenangan dengan perto­longan Allah S.W.T. Sedangkan anda pada masa itu di Makkah adalah seorang musuh Allah dan RasulNya. Adakah sama di antara lelaki yang mencintai sesuatu kerana Allah dan RasulNya lelaki yang memusuhi Allah dan RasulNya?[9] Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa hati anda tidak pernah menerima Islam, tetapi lidah anda takut. Oleh itu anda bercakap apa yang tidak ada di hati anda. Lihat umpamanya hadis Nabi s.`a.w. kepada `Ali A.S: " Tidak akan mencintai anda melainkan dia seorang mukmin, dan tidak membencikan anda melainkan dia seorang munafiq".[10]

3. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (s.`a.w.) telah melantiknya (`Ali) di Madinah ebelum peperangan Tabuk tanpa memarahi dan bencinya. Lalu orang-orang munafiq bercakap mengenainya. Maka beliau (`Ali) berkata: Janganlah anda meninggalkan aku wahai Rasulullah kerana aku tidak pernah meninggalkan anda di dalam mana-mana peperangan. Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Anda adalah wasiku, khali­fahku pada keluargaku samalah kedudukan Harun di sisi Musa". Kemudian beliau memegang tangan `Ali A.S seraya bersabda: "Wahai manusia! Siapa yang menjadikan aku wali, maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah wali. Dan siapa yang telah menjadikan `Ali wali maka dia telah menjadikan aku wali. Siapa yang telah mentaati aku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan siapa yang mentaati `Ali maka dia mentaati aku. Dan siapa yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah. Dan siapa yang mencintai `Ali, maka dia telah mencintaiku".[11]


4. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda pada Haji Wida`: " Wahai manusia sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian dan kalian tidak akan sesat selepasnya; Kitab Allah dan itrah Ahl l-Baitku. Justeru itu halalkanlah halalnya dan haramkanlah haramnya. Beramallah menurut muhkamnya dan berimanlah menurut mutasyabihahnya.

Dan katakanlah: Kami percaya apa yang telah diturunkan Allah (al-Kitab), cintailah Ahl l-Baitku dan itrahku. Hormatilah orang-orang yang mewalikan mereka. Tolonglah mereka bagi menentang musuh-musuh mereka. Sesungguhnya kedua-duanya akan sentiasa berada pada kalian sehinggalah dikembalikan ke atasku di Haud pada hari kiamat.[12]


Kemudian beliau menjemput `Ali ketika beliau berdiri di atas mimbar lalu menarik tangannya seraya bersabda: "Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya, musuhilah orang yang menen­tangnya. Wahai Tuhanku, jangan jadikan di bumi ini tempat duduk penentang-penentang `Ali, dan di langit tidak ada tempat naik serta jadikanlah mereka di neraka yang terkebawah".[13]

5. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Andalah orang yang boleh mencebok haudku di hari kiamat. Anda akan membekalkan air daripadanya sebagaimana seorang daripada kamu membekalkan " wanita asing " di tengah untanya".[14]


6. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa `Ali telah berjumpanya (s.`a.w.) ketika sakit yang membawa kewafatannya, maka Rasulullah (s.`a.w.) menangis. Lalu `Ali berkata: Apakah yang membuat anda menangis wahai Rasulullah? Beliau bersabda: "Apa yang membuatkan aku menangis adalah kerana keilmuanku bahawa hasad dengki masih membara di hati umat ini, tetapi mereka tidak berani menzahirkannya sehingga aku wafat".[15]


7. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahlu l-Baitnya berkumpul dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam".[16]


8. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) telah menerima wilayah `Ali pada masa Rasulullah dan pada masa hidupnya?[17]

9. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya `Ali adalah orang yang pertama mengharamkan segala keinginan duniawi ke atas dirinya, lantas Allah `Azza Wajalla menurunkan ayat Surah al-Maidah 5: 88-89 "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu kalian mengharamkan apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya".

Di sisinya segala jenis ilmu; ilmu mengenai hukum, kefasihan bercakap, keilmuan yang utuh dan sebab-sebab turunnya al-Qur'an.[18] Beliau adalah di kalangan kumpulan di mana kami tidak mengetahui mereka melengkapi sepuluh orang yang telah diberitahukan Allah bahawa mereka adalah Mukminin. Sedangkan kalian di kalangan kumpulan yang hampir bilangan mereka dilaknati Allah di atas lidah Rasulullah (s.`a.w.). Lantaran itu aku menjadi saksi untuk kalian dan menjadi saksi bagi menentang kalian; sesungguhnya kalian adalah orang-orang yang dilaknati Allah di atas lidah nabi-Nya.[19]

Catatan Kaki :

[1] Al-Tabarsi, Abu `Ali al-Fadil b. al-Hasan, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H., I, hlm. 269-279.

[2] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas , Tunis 1972 M., hlm. 200.

[3] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200; al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah, Sunan al-Turmudhi, V, hlm. 642; al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 310.

[4] Ibid.

[5] Al-Bukhari, Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail, Sahih Bukhari, Cairo 1348 H., III, hlm. 46; Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadith, Cairo, 1969 M., III, hlm. 37; al-Dhahabi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, al-Talkhis, Hyderabad, 1958 M., III, hlm. 37 dan lain-lain.

[6] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 232; Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, VI, hlm. 237; al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi wa Fada`il Amir al-Mu'minin `Ali, Iran 1385 H., hlm. 132.

[7] Al-Khawarizmi, ibid., hlm. 148.

[8] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81

[9] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200-201.

[10] Al-Qunduri al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 112.

[11] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., I, hlm. 422; al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta`wil, Cairo t.t., I, hlm. 422; al-Syablanji, Mu`min b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo 1367 H., hlm. 105; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.

[12] Muslim, Abu al-Husayn Muslim b. Hajjaj, Sahih Muslim, Cairo, 1311 H., II, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 17, 26, 59; IV, hlm. 367; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 308.

[13]Ibn Hajr al-`Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H., XI, hlm.445; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm. 116-117.

[14] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 143.

[15] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408; al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 273.

[16] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 343; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 27.

[17] Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105.

[18] Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya', Cairo 1956 M., I, hlm. 67; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 208-9.

[19] Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 89; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 172-174.

Friday, June 5

Dialog Imam Ali as dan Abu Bakar Soal Khilafah

 Tuntutan Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib A.S terhadap jawatan khalifah selepas Rasulullah s.a.w.a.w adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan kerana ia dicatat di dalam buku-buku muktabar Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.


Tuntutan tersebut lebih terserlah di dalam bentuk munasyadah (soal jawab) di mana beliau mengemukakan beberapa soalan kepada Khalifah Abu Bakr berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w.a.w mengenai hak dan kelebihan dirinya, di mana orang yang ditanya harus menjawab soalan-soalan tersebut.


Bagi Amir al-Mukminin `Ali A.S, tuntutan beliau terhadap jawatan khalifah selepas Rasulullah s.a.w.a.w adalah satu hak yang wajib dituntut. Kerana Rasulullah s.a.w.a.w telah melantik beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah A.S sebagai Imam/Khalifah. Bagi `Ali, perlantikan beliau adalah daripada Allah S.W.T.melalui rasulNya. Justeru itu orang ramai harus mentaatinya dansebelas para imam selepas beliau satu persatu. Apatah lagi khutbah/hadis Rasulullah s.a.w.a.w di Ghadir Khum pada 18 Dhu l-Hijjah tahun 10 hijrah menjadi asas yang penting di dalam tuntutan beliau terhadap jawatan khalifah secara langsung selepasRasulullah s.a.w.a.w.


Terjemahan Teks Diolog.

Di sini akan diperturunkan diolog Amir al-Mukminin `Ali A.S yang dikemukakan kepada Khalifah Abu Bakr mengenai Imamah/Khilafah. Di dalam pembentangan ini, penulis mengemukakan terjemahan teks tersebut menurut catatan al-`Allamah al-Tabarsi di dalam al-Ihtijaj ,. Kemudian penulis membuat rujukan kepada buku-buku Ahl al-Sunnah kita sebagai pengukuhan kepada kesahihan hadis-hadis tersebut.


Daripada Ja`far, Imam Ja`far al-Sadiq adalah imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w.a.w.Ja`far b. Muhammad, Imam Muhammad al-Baqir b. `Ali Zain al-Abidin b. Husain b.Ali adalah imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w.a.w.daripada bapanya, daripada datuknya A.S. Beliau berkata: Apabila selesai urusan Abu Bakr dan bai`ah orang ramai kepadanya serta perbuatan mereka terhadap `Ali, Abu Bakr masih mengharapkan bai`ah daripada `Ali, tetapi beliu A.S telah menunjukkan sikap negatif terhadapnya. Abu Bakr menganggapnya sebagai serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan meminta maaf daripadanya di atas bai`ah orang ramai kepadanya sedangkangkan dia (Abu Bakr) sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang jawatan khalifah kerana kezuhudannya.Dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali A.S.  

 Dia berkata: Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah perkara ini bukanlah aku benar-benar mencintainya kerana aku tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku tidak mempunyai harta yang banyak dan keluarga yang ramai. Oleh itu kenapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada anda. Anda melahirkan kebencian terhadapku . 

Amir al-Mukminin berkata:

1. Apakah yang mendorong anda untuk memegang jawatan khalifah sekiranya anda benar-benar tidak menghendakinya dan anda pula kurang yakin kepada diri anda sendiri untuk mengendalikannya?


Abu Bakr berkata: Sebuah hadis yang aku mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan". Apabila aku melihat ijmak mereka terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi s.a.w.a.w tersebut . 

Dan aku tidak terfikir ijmak mereka menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawapan yang positif. Dan sekiranya aku mengetahui mahupun seorang yang tidak bersetuju di atas perlantikanku nescaya aku menolaknya.


2. `Ali berkata: Adapun sabda Nabi s.a.w.a.w yang anda menyebutkannya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan", adakah aku daripada umat ataupun tidak?

Abu Bakr menjawab: Tentu sekali anda daripada umat.


3. `Ali berkata: Adakah golongan menentang anda yang terdiri daripada Salman, `Ammar, Abu Dhar, al-Miqdad, Ibn `Ubbad dan orang-orang Ansar yang lain bersamanya termasuk di dalam umat?

Abu Bakr menjawab: Semuanya termasuk di dalam umat.


4. `Ali berkata: Bagaimana anda berhujah dengan hadis tersebut sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda? Sedangkan umat tidak mencela mereka dan persahabatan mereka dengan Rasulullah adalah baik!

Abu Bakr menjawab: Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan selepas berlaku pemilihan khalifah. Aku khuatir sekiranya aku meninggalkan "perkara" tersebut orang ramai akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku - sekiranya aku menyahuti seruan mereka - lebih senang bagiku mememberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan di kalangan mereka. Justeru itu mereka kembali menjadi kafir. Aku menyedari bahawa anda bukanlah orang yang dapat mengekalkan keadaan mereka dan agama mereka.

5. `Ali berkata: Ya! Tetapi beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak jawatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?

Abu Bakr menjawab: Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, percakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas,sama ada jauh dan dekat. Kemudian dia (Abu Bakr) diam.

6. `Ali berkata: Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?

Abu Bakr menjawab: Ya!


7. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Abu Bakr, adakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri anda atau pada diriku?

Abu Bakr menjawab: Malah pada diri anda wahai Abu l-Hassan .


8. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.a.w.a.w) dari kaum lelaki atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

9. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku yang mengisytiharkan Surah al-Bara'ah di musim Haji akbar di hadapan kaum muslimin atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda .


10. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, aku telah mempertahankan Rasulullah s.a.w.a.w. dengan diriku di hari al-Ghadir atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


11. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku maula kepada anda dan semua muslimin melalui hadis Nabi (s.a.w.a.w.) di hari al-Ghadir atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


12. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Wilayah (al-Maidah5:55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan sebentuk cincin untuk aku atau anda?

Abu Bakr menjawab: Untuk anda . 

 13. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah al-Wazarah (wazir) untukku bersama Rasulullah (s.a.w.a.w.) umpama Harun bersama Musa atau untuk anda?

Abu Bakr menjawab: Untuk anda . 


14. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah Rasulullah (s.a.w.a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan ana- anak lelakiku apabila bermubahalah dengan Musyrikin atau dengan isteri anda dan anak-anak lelaki anda?

Abu Bakr menjawab: Dengan kalian . 


15. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?

Abu Bakr menjawab: Anda dan anak isteri anda . 



16. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku, isteriku dan anak-anak lelakiku yang didoakan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) di hari al-Kisa' "Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka" atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda, isteri anda dan anak-anak lelakianda . 

17. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang dimaksudkan dengan ayat "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana" (Surah al-Insan76:7) atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


18. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikembalikan matahari untuk waktu solat lalu ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


19. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah melegakan Rasulullah (s.a.w.a.w.) dan kaum Muslimin dengan pembunuhan `Amru b. `Abd Wuddin atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


20. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diamanahkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) dalam perutusannya kepada jin lalu anda menyahutinya atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

21. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya dengan sabda Rasulullah (s.a.w.a.w.) "Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hinggalah `Abdu l-Muttalib" atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

22. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah dipilih oleh Rasulullah dan mengahwinkan aku dengan anak perempuannya Fatimah (`a.s) dan bersabda: "Allah telah mengahwinkan anda dengan Fatimah di langit" atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

23. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku bapa Hasan dan Husain manakala beliau bersabda: "Kedua-duanya pemuda Ahli Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua" atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

24. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah saudara anda yang dihiasi dengan dua sayap terbang di syurga bersama para malaikat atau saudaraku?

Abu Bakr menjawab: Saudara anda . 

25. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menjamin hutang Rasulullah (s.a.w.a.w.) dan mengadakan perisytiharan di musim haji dengan melaksanakan janjinya atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

26. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku orang yang didoakan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) dalam keadaan burung di sisinya, di mana beliau ingin memakannya. Beliau bersabda: "Wahai Tuhanku! bawa datanglah kepadaku orang yang paling Engkau cintai selepasku bagi memakan (daging) burung itu bersamaku ". Maka tidak seorangpun datang selain daripadaku atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


27. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah akukah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) supaya memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur'an atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

28. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) dengan kehakiman dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: "`Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman" atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

29. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku di mana Rasulullah (s.a.w.a.w.) memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi ketua pada masa hidupnya atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

30. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang menyaksi percakapan Rasulullah (s.a.w.a.w.) yang terakhir, menguruskan "mandi" dan mengkafankannya atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

31. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda kerabat Rasulullah (s.a.w.a.w.) atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

32. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra'il menjualkannya kepada anda dan anda menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu anda memberi makan anaknya atau aku?

Abu Bakr menangis dan berkata: Anda . 

33. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diletakkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) di atas bahunya bagi menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas ka`bah sehingga jika aku kehendaki nescaya aku dapat menyentuhi ketinggianlangit atau anda?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

34. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) "Andalah pemilik bendera di dunia dan di akhirat" atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

35. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) supaya membuka pintu di masjidnya ketika beliau memerintahkan supaya ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu anda dibuka atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 


36. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda telah mengeluarkan sadqah apabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu golongan"Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberi sadqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?" (Surah al-Mujadalah 58:13) atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

37. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: "Aku nikahkan akan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah" atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda . 

38. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di hari al-Qulaib atau aku?

Abu Bakr menjawab: Anda .  

39. `Ali berkata: Adakah dengan ini dan seumpamanya anda berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Apakah yang membuatkan anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya sedangkan anda tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!

Abu Bakr menangis dan berkata: Memang benar apa yang anda perkatakan wahai Abu l-Hassan. Tunggulah aku hingga berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jawatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan sebegini daripada anda .  

30. `Ali berkata: Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr. Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

Ulasan

Di dalam munasyadah di antara Amir al-Mukminin `Ali dan Khalifah Abu Bakr ternyata bahawa Amir al-Mukminin telah mengemukakan beberapa soalan kepada Khalifah Abu Bakr khususnya mengenai Imamah/Khilafah di mana beliau berhujah bahawa jawatan Imamah/Khilafah secara langsung selepas Rasulullah (s.a.w.a.w.) adalah haknya berdasarkan hadis-hadis Rasulullah (s.a.w.a.w.) mengenai perlantikan beliau sebagai imam/khalifah. Ia juga disebut oleh beliau ketika melakukan munasyadah di antara beliau dan Khalifah Abu Bakr di mana Khalifah Abu Bakr kelihatan memperakui hakikat ini dan hampir-hampir menyerah jawatan Khalifah kepada Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib jika tidak dihalang oleh `Umar.  
..
. Persoalan yang timbul, jika perlantikan Rasulullah (s.a.w.a.w.) ke atas `Ali sebagai imam/khalifah selepas beliau itu adalah benar - Ia memang benar berdasarkan hadis-hadis Nabi (s.a.w.a.w.) -kenapa umat mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mentaati perlantikan beliau? Atau jika perlantikannya daripada Rasulullah s.a.w.a.w. tidak benar, kenapa `Ali A.S menuntut bukan haknya?

Adakah ini sifat Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w.a.w. yang telah disucikan di dalam Surah al-Ahzab 33: 33? Sebenarnya Amir al-Mukminin `Ali telah menerangkan kedudukannya mengenai imamah/khilafah kepada Ibn Qais yang mengemukakan soalan kepadanya. Sulaim b. Qais al-Hilali, meriwayatkan bahawa Ibn Qais bertanya kepada Amir al-Mukminin `Ali A.S: Apakah yang menghalang anda dari menghunus pedang anda untuk menuntut jawatan imamah/khilafah? 


Amir al-Mukminin `Ali A.S menjawab: Wahai Ibn Qais! Dengarlah jawapanku: Bukanlah kerana perasaan pengecut dan kebencianku menemui Tuhanku. Aku bukanlah tidak mengetahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah (s.a.w.a.w.) yang telah menghalangku dan janji beliau kepadaku. Rasulullah (s.a.w.a.w.) telah memberitahuku bahawa umat akan belot selepasnya . 

Meskipun begitu aku tidak begitu yakin terhadap apa yang mereka perlakukan di hadapanku kerana aku lebih menyakini sabda Rasulullah (s.a.w.a.w.) daripada apa yang aku melihatnya sendiri.

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku sekiranya ia berlaku sedemikian? Beliau bersabda: Jika anda dapat mencari pembantu-pembantu, maka tentangilah "mereka" dan jika anda tidak dapat pembantu-pembantu, tahanlah tangan anda, peliharalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi menegakkan agama, kitab Allah dan Sunnahku . 


  Rasulullah (s.a.w.a.w.) telah memberitahuku bahawa sesungguhnya umat aka menghinaku, membai`ah dan mengikut orang lain selain daripadaku. Rasulullah (s.a.w.a.w.) telah memberitahuku bahawa kedudukanku di sisinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan umat selepasnya seperti kedudukan Harun serta orang yang mengikutnya , dan kedudukan al-`Ajl (anak lembu jantan) serta orang yang mengikutnya kerana Musa berkata kepadanya: "Wahai Harun, apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku? Harun menjawab: Wahai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata (kepadaku): Kamu telah memecah antara Bani Isra'il dan kamu tidak memelihara ummatku" (SurahTaha 20: 92-94). 

Apa yang dimaksudkan oleh Allah adalah sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka jika mereka sesat dan beliau (Harun) dapat pembantu-pembantunnya, hendaklah beliau menentang mereka dan sekiranya beliau tidak dapat pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya dan memelihara darahnya dan janganlah beliau melakukan perpecahan di kalangan mereka . Dan sesungguhnya aku takut saudaraku Rasulullah (s.a.w.a.w.) akan berkata kepadaku kenapa anda memecahbelahkan mereka dan tidak memelihara ummatku? Sedangkan aku telah menjanjikan anda sesungguhnya jika anda tidak ada pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda, memelihara darah anda, darah keluarga anda dan Syi`ah anda . 


Amir al-Mukminin `Ali berkata lagi: Apabila Rasulullah (s.a.w.a.w.) wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakr lantas mereka memberi bai`ah kepadanya. Sedangkan aku sibuk memandi dan mengkafan jenazah Rasulullah (s.a.w.a.w.). Kemudian aku menghabiskan masaku dengan mengumpulkan al-Qur'an sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kain. Kemudian aku, Fatimah dan di tangan-nya Hassan dan Husain, menyeru kesemua orang-orang yang terlibat di dalam peperangan Badar dan orang-orang terdahulu memeluk Islam yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar, semuanya aku telah mengemukakan hujah-hujahku dengan nama Allah S.W.T.mengenai hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku. Tetapi semua mereka tidak menyahut seruanku selain daripada empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad . 

Kemudian `Ali meneruskan kata-katanya: Wahai Ibn Qais, sesungguhnya mereka telah memaksaku dan menekanku hampir mereka membunuhku. Jika mereka berkata kepadaku: Kami semata-mata mahu membunuh anda, nescaya aku akan menghalang pembunuhan mereka terhadapku sekalipun aku seorang. Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai`ah (kepada Abu Bakr) nescaya kami akan melepaskan anda, memuliakan anda, mendampingi anda, menghormati anda. Dan sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. Apabila aku tidak dapati seorangpun yang akan membantuku, maka akupun memberi bai`ah kepada mereka. Tetapi bai`ahku terhadap mereka bukanlah membenarkan kebatilan mereka dan tidaklah mewajibkan kebenaran untuk mereka.

Kemudian `Ali berkata lagi: Sekiranya aku dapati di hari Abu Bakr dibai`ah empat puluh orang lelaki yang taat, nescaya aku menentang mereka . 

Beliau begitu menyesali sikap orang-orang Ansar dan Muhajirin yang tidak membantunya. Beliau mengatakan bahawa mereka telah mencintai Abu Bakr dan `Umar secara membuta tuli. Beliau berkata: Hairan sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka berdua dan mencintai orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah. 

 Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya ke tanah dan meletakkan debu di atas kepala mereka bermunajat kepada Allah, serta menyeru di hari kiamat ke atas orang-orang yang telah menyesat dan menghalang mereka dari jalan Allah; menyeru mereka ke neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Allah dan mewajibkan azab-Nya ke atas mereka kerana jenayah yang "mereka"lakukan ke atas mereka, nescaya mereka tergolong juga dari orang-orang yang cuai (muqassirin) kerana pengkaji yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya merasa takut jika ia mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua, orang ramai (umat) akan memusuhinya. 

Apabila dia melakukannya, mereka akan menyulitkan (kehidupan)nya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya, merampas haknya. Dan sekiranya ia mengambil sunnah mereka berdua, memperkuinya, memujinya dan menjadikannya agama, nescaya umat mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya.  


Demi Allah sekiranya aku menerangkannya kepada askar-askarku segala kebenaran yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi-Nya, dan aku mendedah pentafsirannya menurut apa yang aku dengar dari Nabi Allah `a.s, nescaya sedikit sahaja askar-askarku tinggal bersama ku kerana mereka takut mendengarnya . 


Sekiranya janji Rasulullah (s.a.w.a.w.) tidak ada denganku, nescaya aku melakukannya (menyerang mereka dengan pedang). Tetapi Rasulullah (s.a.w.a.w.) bersabda kepadaku: "Wahai saudaraku! Apabila seorang hamba itu terpaksa melakukan sesuatu, maka Allah menghalalkannya untuknya dan mengharuskannya untuknya". Dan aku mendengar beliau bersabda: "Taqiyyah adalah dari agama Allah, tidak ada agama (al-Din) bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah untuknya" . 


Walaupun begitu `Ali percaya bahawa orang lain selain Ahl al-Bait a.s tidak layak memegang jawatan Imamah. Kerana ia telah dipilih oleh Allah S.W.T. Sulaim b. Qais al-Hilali menulis: `Ali berkata: Demi orang yang telah memuliakan kami Ahl al-Bait dengan "kenabian". Dia telah menjadikan di kalangan kami Muhammad. Dia memuliakan kami selepasnya di mana Dia menjadikan pada kami para imam bagi mukminin, orang lain selain daripada kami tidak boleh mencapainya. Imamah dan Khilafah tidak layak melainkan pada kami . 


Kesimpulan

Amir al-Mukminin `Ali b. Abu Talib yakin bahawa imamah/khilafah adalah haknya dan hak sebelas anak cucunya daripada Fatimah a.s berdasarkan kepada hadis al-Ghadir dan lain-lain. Oleh itu bai`ah beliau terhadap Abu Bakr selepas kewafatan Fatimah al-Zahra adalah secara terpaksa, tanpa pembantu-pembantu. Jika tidak beliau akan menghadapi musibat sebagaimana dihadapi oleh Nabi Harun a.s. Justeru itu janji Rasulullah (s.a.w.a.w.) dengan beliau dipeliharanya demi perpaduan umat Islam sejagat.